Koleksi Doa

Kod : K 001

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya,

bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari

jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya

dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan

belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi

keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang

berfikir “

– Ar-Rum : Ayat 21

Kod : K 002

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

” Datanglah menunaikan jemputan apabila kamu dijemput kepadanya “

– Daripada Abdullah Ibni Umar r.a.

Kod : K 003

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :

” Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan

dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya

untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman

hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat

di hatinya untuk dicintai “

Kod : K 004

“ Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati

mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka

menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman

bagi umat “

Doa Nabi Muhammad pada hari pernikahan puterinyaFatimah Azzahra dengan Ali bin Ali Talib

Kod : K 005

Ya Allah, berkatilah majlis perkahwinan ini, limpahkanlah baraqah dan

rahmat kepada kedua mempelai ini,

(nama pengantin) dan (nama pengantin).

Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah. Kekalkanlah jodoh

mereka di dunia dan di akhirat dan sempurnakanlah agama mereka dengan

berkat ikatan ini.

Kod : K 006

“Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta

buatku, dekatkanlah dia padaku, satukan hatinya dengan hatiku, titipkanlah

kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu abadi. Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih, seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera, sepertimana yang Engkau kehendaki.”

~ Amin Ya Rabbal ‘Alamin ~

Kod : K 007

” Ya Allah, Satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah. Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat “

Kod : K 008

“ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua

keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan

dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya

pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan,

kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan

kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik

dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia

lebih-lebih lagi di akhirat “

– Amin Ya Rabbal ‘Alamin –

Kod : K 009

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakan Rahmat Kepada (pengantin) Suami Isteri

Agar Kekal Abadi, Aman Damai Yang Berkekalan Di Alam Rumahtangga, Sihat

Walafiat, Dimurahkan Rezeki Dan Dilanjutkan Usia Dengan Mendapat Zuriat

Yang Soleh Serta Mendapat Syafaat Daripada Junjungan Besar

Nabi Muhammad SAW.

~ Amin Ya Rabbal Alamin ~

Kod : K 010

“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu,

bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji

menegakkan AgamaMu… Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara

kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau

tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan

tempat kami memohon pertolongan “

~ Amin Ya Rabbal Alamin ~

Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s